Ibrah Rumaisa

Dalam kelembutan hati, ada tegas yang tak bisa digugah.
Dalam malu, suaramu tegar mampu menggegar dunia.
Dalam kehalusan jemarimu, tergenggam utuh janji abdi pada yang Esa.
Wahai Rumaisa, engkau lah bidadari syurga.

Menyoroti riwayat agung srikandi Islam, Rumaisa binti Marhan atau nama sebenarnya Ummi Sulaim binti Marhan bin Khalid bin Zaid bin Hizam. Beliau tergolong dalam golongan yang terawal memeluk Islam.
Hasil perkongsian hidup dengan Malik bin An-Nadr, beliau dikurniakan seorang putera, Anas ibn Malik (salah seorang sahabat karib Rasulullah saw). Walaubagaimanapun, keislamannya mendapat tentangan dari suaminya sendiri. Rumaisa tegar memilih iman dikala suaminya masih di belenggu jahiliyyah. Anaknya Anas pula diajar mengucap 2 kalimah shahadah dan dibesarkan dalam keimanan. Bertegas pada kebenaran yang diyakininya, beliau berterusan berhujjah dengan suaminya tentang risalah yang dibawa Rasulullah sehingga Malik tidak tahan lagi dan meninggalkannya menuju ke Syam dan akhirnya meninggal dunia di sana.

Tidak lama kemudian, Abu Talhah iaitu seorang musyrikin telah mengutus pinangan kepada Rumaisa tetapi ditolaknya. Manakan bisa seorang mu'minat bertemu jodoh dengan seorang musyrikin. Begitu fikirnya. Walau bagaimanapun, suratan qadha dan qadar Allah melangkaui segalanya apabila Abu Talhah menyatakan keimanannya lantaran terpaku dengan kebenaran hujjah Rumaisa yang menolak berhala dan pohon2 yang tiada upaya memberi mudharat atau manfaat itu serta memilih Allah sebagai Tuhan yang Maha Esa. Akhirnya, Rumaisa menerima lamaran Abu Talhah dengan kalimah shahadah itu sebagai mahar perkahwinannya yang dilangsungkan serba sederhana setelah mendapat persetujuan anaknya, Anas ibn Malik. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan beberapa cahaya mata.

Selain itu, Rumaisa atau Ummi Sulaim juga merupakan seorang wanita yang sungguh tegas dan bijaksana. Beliau telah menyertai para pejuang muslimin dalam beberapa peperangan termasuklah Badar, Uhud dan Hunain. Dalam peperangan Hunain, beliau telah membawa sebilah pisau sabit. Apabila ditanya oleh Rasulullah kenapa beliau membawa pisau itu, beliau menjawab ia adalah untuk mempertahankan dirinya dan RasulNya. Lalu Rasulullah berkata kepadanya bahawa Allah telah mencukupi dan memuliakan Ummi Sulaim.

Antara kisah lain yang boleh dijadikan iktibar adalah bilamana salah seorang daripada anaknya bersama Abu Talhah telah meninggal dunia akibat serangan penyakit, sedangkan Abu Talhah berpergian pada tika itu. Beliau segera memandikan dan menguruskan jenazah anaknya itu, lalu dibaringkan di katilnya seolah2 sedang tidur lena.

Sekembalinya Abu Talhah, Ummi Sulaim telah menyambut suaminya dengan penuh kemesraan sepertimana kebiasaannya. Apabila Abu Talhah betanyakan khabar anaknya, maka Ummi Sulaim menjawab bahawa anaknya itu berada dalam keadaan yang lebih tenteram daripada sebelumnya. Mendengarkan ini, Abu Talhah gembira bukan kepalang. Sangkanya anaknya itu telah sembuh dari penyakitnya.
Lantas Ummi Sulaim pun menyediakan santapan yang enak2 buat suaminya. dan dihias dirinya supaya kelihatan menarik di mata Abu Talhah. Kemudian, mereka berehat bersama sambil bergurau senda. Setelah itu, barulah ditanyakan suaminya, “Apa pandanganmu jika ada meminjam sesuatu dari jiran kita, haruskah dipulangkan kembali?”
Abu Talhah menjawab, “Sudah tentu setiap barang yang kita pinjam harus dipulangkan kembali kepada tuannnya.”
Ummi Sulaim berkata lagi, “Begitu juga dengan anak kita, wahai Abu Talhah. Dia milik Allah, telah dipinjamkan kepada kita dan sekarang ini Allah telah mengambilnya kembali.”
Mendengar kata2 isterinya itu, maka fahamlah Abu Talhah apa yang telah berlaku ke atas anaknya itu. Dia redha atas segala kehendaknya. KEmudian Abu Talhah keluar menemui Rasulullah unutk menceritakan apa yang berlaku. Lalu Rasulullah berdoa untuk mereka dengan katanya, “ Semoga Allah swt memberkati kamu.”

Demikianlah kemilau peribadi Rumaisa. Semoga bias sirnanya akan terus menyinari maya ini.
Padanya ada kepetahan berhujjah menggarap kebenaran, ada kelembutan penuh keibuan, ada keredhaan pada kesederhanaan hidup, ada ketaatan yang tidak berbelah bahagi, ada kematangan mengurus emosi.. Ada segalanya yang perlu di teladani.. Insha Allah=)

Blog ini hadir menyampaikan mesej.
Harum mawar bukan sekadar untuk dinikmati, indah kelopaknya bukan sekadar untuk dikagumi, tetapi durinya mampu mencarik hati yang musyrik, memberi iktibar tanpa rasa gentar.

2 Response to "Ibrah Rumaisa"

  1. jaSS(",) says:
    July 23, 2009 at 8:33 AM

    kata-kata yang lahir dari hati yang ikhlas..
    mampu membuat insan terpesona dgn penulisannya..
    teruskan menulis ya ukhti...
    nice entry...(",)

  2. Annith says:
    July 24, 2009 at 9:27 PM

    jzkk..
    jass la inspirasi..
    ~ehe~

Post a Comment