Masih Ada Yang Punya

Masih ada yang punya.
Blog ini masih ada yang punya.

Ini tempat saya bercerita.
Ini tempat saya berkisah.
Ini tempat saya berkongsi itu dan ini.


Jadi saya tak boleh delete blog ni.
Terabai seketika kerana kurangnya masa berbanding agenda.


Saya senyum sendiri=D
Memandang masa lampau yang penuh wacana.
Merenung ke hadapan yang penuh cerita.
Ya, perlu saya kongsi.
Di sini.
InshAllah=)


Konvensyen Pemikiran Hassan Albanna Dlm Melakar Agenda Bangsa

Tarikh
30 Januari 2010 (Sabtu)

Tempat
Dewan Seri Sarjana
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Bangi

Agenda
Kertas kerja 1
Pemikiran Hassan Albanna & Ideologi Barat: Pertembungan Antara 2 Aliran"
oleh Al fadhil Ustaz Mohd Rushdi b. Hj Alias

Kertas Kerja 2
Pandangan Hassan Albanna Terhadap Agenda Pembangunan Ummah & Pelaksanaannya Di Malaysia.
oleh Al fadhil Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman

Kertas Kerja 3
Menilai Kemelut Politik Tempatan Berdasarkan Maqasid Syarak
oleh Al fadhil Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni

~As Sayyid Hassan Al banna~
"Jika nasionalisme yang dimaksudkan ialah keluarga dan bangsa seseorang itu lebih utama untuk menerima kebaikan & kebajikannya serta lebih berhak untuk dilimpahkan segala sumbangan dan jihadnya, maka maksud ini adalah benar.
Siapakah yang tidak merasakan bahawa orang yang paling utama untuk menerima sumbangannya ialah bangsanya sendiri yang telah membesarkannya?.."

25



alhamdulillah wa syukralillah...

17 Muharram 1406H

[ Jumaat; 1515]

menyaksikan kelahiranku ke dunia,

disambut iqamah di ribaan ayahanda & senyum syukur di wajah Bonda
Hari ni..genaplah 25 (mengikut taqwim hijrah@ 4 oktober 1985)
huhu, dah masuk suku abad usiaku..








Ya Khaliq..


Jadikanlah setiap hembusan nafasku


Setiap kelipan mataku,

Setiap degupan jantungku,


Setiap helaian rambutku,

Setiap bait perkataanku,


Setiap hayunan tanganku,

Setiap langkah kakiku,


Dan setiap titisan darahku,

Hanyalah untuk Mu..






Membuka Tirai 2010


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Saya membuka tirai 2010 dgn menekuni kembali resolusi 2009 yg lepas. Yang masih segar dlm lipatan memori seolah2 ianya baru dicatit semalam..dan hari ni, tahun baru menjenguk lagi. Allahu akbar!Allahu akbar! Allahu akbar!
SELAMAT DATANG 2010
~saya sambut sepenuh jiwa=)

Saya selak kembali folder 'My Resolutions for the Year of 2009' yg tersimpan rapi dlm laptop ni. Muhasabah segenap segi. Menilai semula prestasi.. Dicatat ketika masih dibangku pengajian (2 bulan sebelum grad) dan kini menyambut tahun baru yg pertama di alam pekerjaan..Gerenti la resolusi lama terlalu banyak yg perlu diteliti.

1 Januari 2010/ 15 Muharram 1431H:
Saya mulakan hari ini dgn menghadiri retreat ISMA DHL utk 'brain storm' taqwim 2010. Perkongsian ilmu, percambahan idea dr ikhwah akhawat menjana semula semangat saya untuk terus berada dalam saf perjuangan ini dalam mendukung risalah perjuangan baginda Rasulullah saw. Pernah..semangat itu layu dek kekangan masa, bebanan kerja, sempadan tempat...dicaj semula bila berada di kalangan mereka lebih soleh solehah berbanding kita=) InsyaAllah. Di sini, saya cukup berbangga mempromosikan gerak kerja da'wah secara berjamaah berbanding secara individu~Lebih berstrategi..Lebih berorganisasi.

Sungguh, Resolusi 2009 saya kaya dgn bara semangat & debaran seorang pejuang ilmu yg br menapak ke alam realiti kehidupan. Justeru, lakarannya cukup idealistik. hehehe. Ada yg kesampaian,.. ada masih belum jelas pucuk pangkalnya.
Alhamdulillah (Segala puji selayaknya bagi Allah) untuk segala pencapaian.
Allahu akbar (Allah Maha Besar) atas segala dugaan yg mendatang.

Dan ini..Resolusi 2010 untuk saya genggam, insya Allah:
  • wawasan hidup sbg HAMBA~mahu lebih khusyuk dlm solat, istiqamah dgn da'wah & tarbiyah, budayakan qiamullail at least 1x/mgu.
  • career~acquire knowledge as much as possible here, finish PRP by 1 year (alhamdulillah, passed forensic xm), clinically competent, ikhlass, be nice to ppl.
  • bangunkan wawasan hidup berkeluarga~memohon ke bawah perancangan Allah yg Maha Halus lagi Teliti utk membina baitul muslim yg diredhaiNya.
  • ummatic spirit~lebih sensitive dgn isu-isu muslim di Palestin, Afghanistan, Thailand etc.
  • i need to lower my expectations so that wont encounter too much dissatisfactions in life.
  • financial goals~ infak sebahagian gaji bulanan fisabilillah, bayar zakat, menabung 50%.
  • have thoughts in mind~umrah?register haji?

Ya Allah, bantulah hambaMu..

di sepanjang perjalanan musafirku ini..



..Kembali..


Ya Allah...
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah
terangilah aku dengan nur iman Mu
hanya Engkau tempat aku berserah,
mohon maghfirah di dalam syahdu...
wahai Tuhan Yang Maha Pengasih,
Ampunilah segala dosaku,
laksana buih memutih,
hanyut ditelan gelombang nafsu..


Hari-hari yang telah aku lalui,
Inginku tinggalkan terus bersemadi,
Ingin aku kembali kepada fitrah insani,
Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi,
Bebaskanlah diriku dari dibelenggu,
Dosa noda nafsu durjana..


terimalah taubatku Ya Allah..
Pimpinlah daku ke jalan redhaMu,
Moga sinarMu terangi hidupku,
Di dalam kegelapan..


Aku kan kembali padamu Rabbi,
menghadapMu Ya Rabbul Izzati,
segala ketentuanku pasrahkan,
dihujung penghayatan..

mendefinisi MERDEKA

tarikh : 31 Ogos 2009
masa : 12 malam
lokasi : dari tingkap pangsapuri
pak pak pong..prup33x
ntah berapa jenis bunyi mercun sgt jelas kedengaran dr tgh2 ibu kota.
kilauaan cahaya bunga api menebak kegelapan malam yg hitam pekat.
huh..ingatkan mmg tiada sambutan bunga api merdeka seperti yg diwar-warkan.
atas 2 sebab konkrit = menghormati Ramadhan, H1N1
tapi..
Siaran Buletin pagi tadi mengesahkan mmg ada yg tegar menyambut kemerdekaan versi org yg kurang merdeka jiwa & mentalitinya. Pergaulan bebas lelaki perempuan, sepahan bungkusan makanan, merempit di jalanan..tidak lg dirasakan satu kesilapan atas tiket bersungguh2 menyambut merdeka. Atas nama patriotisma, gayanye. Ini bukan budaya baru atau baru dibudayakan. Telah lama menjadi tradisi di bumi Merdeka Malaysia.
Cuma tahun 2009 ni, atas kesedaran pemerintah, ia dilarang memandangkan sambutan ulang tahun kemerdekaan jatuh dalam bulan Ramadhan dan sebarang keramaian diminimakan untuk mengurangkan kadar penularan wabak H1N1.
52 tahun lepas...
anak bangsa Malaysia pernah bermandi keringat dan darah berjuang menuntut kemerdekaan negara. kesenangan hidup ketika itu tidak pernah dikecapi, hanya kedaulatan tanah air tercinta menjadi agenda utama.
Hari ini...
Nasib bumi ini sudah jauh berbeza. Kemakmuran, keamanan, kemewahan..sudah menjadi darah daging masyarakat kta. Tapi benarkah syndrome 'Infrastruktur Kelas Pertama, Mentaliti Kelas Ketiga' masih menyelubungi jiwa-jiwa kta??
Mungkin ye..Mungkin tidak..
Kalaulah Tunku Abd rahman & seluruh jentera pejuang kemerdekaan masih lagi bernafas tika ini adan menyaksikan bagaimana anak2 merdeka ini menghayati apa yg dinamakan KEMERDEKAAN, pasti tiada yg lebih mengecewakan...
Saya sendiri tidak pernah melalui saat getir menempa kemerdekaan. Lahir saje, terus leka diulit kesenangan, keamanan, kemewahan..lantas sedikit kaku apabila
lafaz keramat MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! dilaungkan.
tertanya2 apakah kita benar2 merdeka? Merdeka dari sebarang bentuk penjajahan??
Telitikanlah..
Gaya fikir kita~bagaimana ia diorientasikan? Ketimuran atau kebaratn?
Gaya pemakaian kita~ Benarkah menepati agama & kehalusan budaya timur?
Gaya hidup kita~ apa halatujunya?
Ayuh, teman..
Bangkitlah!
Langkahlah dengan berani.
Mengisi Kemerdekaan ini.

..Muhasabah 3 Dimensi..

Selepas hampir 3 bulan setengah menamatkan alam pengajian..berbulan madu dari segala jenis lectures, tutorials, examinations bla bla.. Kini kembali ke alam reality dgn memulakan perkhidmatan di hospital kerajaan di ibu kota. Hari ni baru sebulan berkhidmat, dah terasa macam bertahun2. Masih mengintai hikmah disebalik penempatan yg agak jauh dari hometown ni. Hehe. Allah tu Maha Tahu=) Satu kebenaran yg diimani.

Baru sebulan juga mulanya transition phase: alam belajar ke alam kerja yg bias cabarannya dah makin terasa. Terkadang merindui kehidupan silam menimba ilmu di taman ilmu dan budi, mendahagakan perhatian dan sentuhan tarbiyah para murobbi..tetapi bila di renung jalan dihadapan..tergalas kini tanggungjawab yang lebih berat apabila kembali dipulangkan kepada masyarakat dalam rangka MEMBERI.

Demi masa.., hidup adalah satu persinggahan ,dalam kembara insan mencari Tuhan. Putaran masa rupanya lebih cepat dari kaki yg melangkah, terkadang tersadung di belantara kehidupan. Mudah-mudahan mutiara ilmu, utaian doa dari kaum keluarga dan sahabat2, juga rahmat dan kasih sayang Allah terus menjadi bekal dan perisai untuk terus tsabat di jalan ini.

Dimensi 1:: Intellectual/Physical
Adakah ilmu berkadar terus dgn masa?
Selepas 17 tahun di alam pengajian (sek. Rendah-menengah-matrikulasi-IPT), saya masih tertanya2 apakah saya benar2 seorang yg berilmu? Ia suatu tempoh yang panjang untuk menumbuhkan biji benih menjadi pokok yang besar rendang, bisa mengembangbiakkan sekawan ternakan berganda2.. Itu nilaian fizikal yang tampak dek mata kasar.
Justeru, andai tempoh masa menjadi ukuran, semestinya kita boleh dikatakan sangat berilmu. Pernah menjadi topik perbualan mahasiswa2 menjelang graduasi bilamana kesediaan memulakan alam pekerjaan dipersoalkan..tapi terus kekal menjadi tanda tanya. Mungkin ia terlalu rumit untuk dirungkaikan.

Di sini, Saya simpul mudah sebagai ilmu itu tidak sesekali berkadar terus dgn masa. Ada orang perlukan 40 tahun untuk benar2 berilmu sebagai manusia, sebagai khalifah dll, ada yg perlukan 60 tahun..dan ada yg perlukan sekadar 20 tahun untuk benar2 memaknakan kehidupan. Allahu Akbar!
Moga kita tergolong dlm golongan org2 yg benar2 BERILMU. Insha Allah.
Dimensi 2:: Spiritual
Koreksi diri menjengah isu2 yg semakin sukar dinilai mata.
Spiritual.
Meneropong taqwa dan iman di dada sendiri.
Masih keliru mencari posisi diri di sisi Rabbul ‘Izzati. .
Masih tertanya2 apakah amal yg ciput diterimaNya sebagai ibadah, atau sekadar melepaskan batuk di tangga. Astaghfirullah33x.

Yang pasti ada turun naik rhytmnya, ada dinamik pada sifatnya, ada keluh kesah pada kekurangannya, ada kemanisan pada ketinggiannya. Petanda naik turunnya iman manusia.

Dimensi 3:: Sosial
Bermasyarakat dengan semua. Saya suburkan sebagai slogan baru dalam mendekati para mad’u terutama dari kalangan teman2 baru sekerja, serumah dll. Masih mengintai ruang dan peluang untuk mendalami hati budi, wavelength masing2 yang spektrumnya sedikit luas. Teruji soft skills yg mungkin jarang digunapakai~ilmu & hikmah dlm menyampaikan=)
Dakwah bilhal-kekal praktikal untuk disebarluaskan.
Semoga Islamnya kita bisa mengesani keluarga kita.
Semoga Islamnya kita bisa mengesani masyarakat kita.
Insha Allah.