mendefinisi MERDEKA

tarikh : 31 Ogos 2009
masa : 12 malam
lokasi : dari tingkap pangsapuri
pak pak pong..prup33x
ntah berapa jenis bunyi mercun sgt jelas kedengaran dr tgh2 ibu kota.
kilauaan cahaya bunga api menebak kegelapan malam yg hitam pekat.
huh..ingatkan mmg tiada sambutan bunga api merdeka seperti yg diwar-warkan.
atas 2 sebab konkrit = menghormati Ramadhan, H1N1
tapi..
Siaran Buletin pagi tadi mengesahkan mmg ada yg tegar menyambut kemerdekaan versi org yg kurang merdeka jiwa & mentalitinya. Pergaulan bebas lelaki perempuan, sepahan bungkusan makanan, merempit di jalanan..tidak lg dirasakan satu kesilapan atas tiket bersungguh2 menyambut merdeka. Atas nama patriotisma, gayanye. Ini bukan budaya baru atau baru dibudayakan. Telah lama menjadi tradisi di bumi Merdeka Malaysia.
Cuma tahun 2009 ni, atas kesedaran pemerintah, ia dilarang memandangkan sambutan ulang tahun kemerdekaan jatuh dalam bulan Ramadhan dan sebarang keramaian diminimakan untuk mengurangkan kadar penularan wabak H1N1.
52 tahun lepas...
anak bangsa Malaysia pernah bermandi keringat dan darah berjuang menuntut kemerdekaan negara. kesenangan hidup ketika itu tidak pernah dikecapi, hanya kedaulatan tanah air tercinta menjadi agenda utama.
Hari ini...
Nasib bumi ini sudah jauh berbeza. Kemakmuran, keamanan, kemewahan..sudah menjadi darah daging masyarakat kta. Tapi benarkah syndrome 'Infrastruktur Kelas Pertama, Mentaliti Kelas Ketiga' masih menyelubungi jiwa-jiwa kta??
Mungkin ye..Mungkin tidak..
Kalaulah Tunku Abd rahman & seluruh jentera pejuang kemerdekaan masih lagi bernafas tika ini adan menyaksikan bagaimana anak2 merdeka ini menghayati apa yg dinamakan KEMERDEKAAN, pasti tiada yg lebih mengecewakan...
Saya sendiri tidak pernah melalui saat getir menempa kemerdekaan. Lahir saje, terus leka diulit kesenangan, keamanan, kemewahan..lantas sedikit kaku apabila
lafaz keramat MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! dilaungkan.
tertanya2 apakah kita benar2 merdeka? Merdeka dari sebarang bentuk penjajahan??
Telitikanlah..
Gaya fikir kita~bagaimana ia diorientasikan? Ketimuran atau kebaratn?
Gaya pemakaian kita~ Benarkah menepati agama & kehalusan budaya timur?
Gaya hidup kita~ apa halatujunya?
Ayuh, teman..
Bangkitlah!
Langkahlah dengan berani.
Mengisi Kemerdekaan ini.

0 Response to "mendefinisi MERDEKA"

Post a Comment